Sunday 1 June 2014

Sunday 18 May 2014

SALURAN INFAQ

Assalamu'laikum warahmatullahi wabarakatuh

Terima kasih kepada yang bertanyakan tentang cara untuk menyalurkan infaq ini



Bagi berada di India, ada beberapa cara yang anda boleh lakukan

     1. Bank in terus ke akaun khusus kami untuk program infaq ini

Bank : ICICI Bank (India)
No akaun : 061301504235
Nama : NORSHAFIQAH BINTI HASSIM

No.IFSC:ICIC0000613

     2. Melalui wakil dari tempat masing2 yang akan dilantik.

     3. Menyerahkan terus kepada wakil kami semasa program yang akan berlangsung di beberapa tempat (akan dinyatakan kemudian)




Bagi yang berada di Malaysia, infaq boleh disalurkan melalui akaun khusus kami iaitu

Bank : CIMB Islamic
No. akaun : 7601551467
Nama : MOHD AMIRUL ASYRAF BIN MOHD HANAFFI

InshaAllah kami juga akan membuka akaun Maybank untuk tujuan ini

Juga boleh rujuk disini


Harap maklum.

Thursday 8 May 2014

MAKLUMAT TERPERINCI PENAMBAH BAIKAN MASJID

Perincian maklumat pembesaran masjid berserta kos yang masih diperlukan. 

Rs 2 000 000
~lebih kurang RM 110 000









Wednesday 7 May 2014

AKTIVITI MASJID


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di masjid adalah seperti
Activities carried out in the mosque are:



1) Kelas-kelas Agama (Madrasah Nazera)

Kelas asas peringkat nazera ini adalah usaha murni untuk memberi pendedahan dan bimbingan awal kepada kanak-kanak berusia tiga hingga tujuh tahun dalam mendalami ilmu agama disamping menguasai Bahasa Arab. Kelas ini diadakan dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang setiap hari. Antara perkara yang diajar di situ ialah:
   - Al-Quran & tajwid
   - Fardhu ain
   - Hadis

Religious classes (Madrasah Nazera) 

This basic class of nazera’s level is a noble effort to expose and guide children aged 3 to 7 years old in the learning the religious as well as mastering the Arabic language. These classes were held twice a day, in the morning and evening every day. Among the subjects taught there are: 
- Al-Quran and tajwid
- Fardhu Ain
- Hadith



2) Tabligh

Masjid ini juga menerima jamaah tabligh dari dalam dan luar negara, sebagai salah satu aktiviti dakwah utama yang dijalankan disini. Kira-kira dua hingga tiga jemaah tabligh akan hadir pada setiap bulan untuk berkongsi ilmu mereka demi manfaat bersama.

Tabligh

This mosque was also received a tablighs from within and outside the country, as one of the main missionary activities carried out here. About 2 to 3 tablighs shall come every month to share their knowledge for the sake of mutual benefit.



3) Masjid wa Jamat

Ia adalah usaha untuk membantu para jemaah yang mempunyai masalah dalam segala bentuk kesusahan.Masjid bertujuan untuk mengumpulkan jemaah dalam menjalankan aktiviti takaful (saling tolong menolong) antara satu sama lain.Mengumpulkan dana dan juga tenaga untuk golongan yang memerlukan

Masjid wa Jamaah

It is an effort to help congregations who have problems in all forms of distress. The mosque’s purpose is also to gather congregations in takaful activities (helping each other) among the communities. Other than that, it is also intended to collect financial funds and work force for those in need.



4) Sambutan Hari Kebesaran Islam

Masjid ini juga menjadi tumpuan utama pada setiap sambutan hari kebesaran Islam seperti eid-ul fitri, eid ul-adha, dan maulidurrasul. Justeru penamabah baikan bertujuan memberi keselesaan untuk para jemaah menunaikan hari-hari kebesaran islam secara bekerjasama sebagai contoh solat sunat hari raya, urusan korban dan pembagian daging korban kepada penduduk tempatan.


Celebration of Islam’s greatness days

This mosque was also a focal point on every Islam celebration days such as Eid al-Adha, Eid-al-Fitri and Maulid-ul-Rasul. Hence, improvements intended to provide a perfect comfort for congregations to celebrate the greatness days of Islam and prayers. In addition, it is also intended to facilitate Muslims working together during the celebrations. For example to handle the qurban event and distribution of the meats to locals.














PLAN PEMBESARAN MASJID

Memandangkan semakin ramai penduduk setempat turut serta dengan aktiviti yang dijalankan di masjid ini,pihak ahli jawatankuasa masjid telah mengambil inisiatif untuk menaik taraf masjid ini. Kerja-kerja penambah baikan ini telah bermula sejak 3 tahun lepas, namun begitu terdapat beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan terutamanya kekurangan dana untuk meneruskan usaha ini.

Expansion Plan

Due to the increasing number of local residents that participated in the activities carried out in the mosque, the committee members took the initiative to upgrade the mosque. This upgrading works started since last 3 years. However, there are a few obstacles that cannot be avoided, especially lack of funds to continue these effort


Perancangan ini melibatkan:
1. Pembesaran kawasan masjid daripada 40 x 30 kaki persegi kepada 40 x 90 kaki persegi.
2. Menambah tingkat masjid daripada 2 tingkat kepada 4 tingkat
3. Membina kawasan wudhu yang lebih luas
4. Menyediakan kemudahan tandas yang lebih selesa
5. Dan lain-lain seperti yang disertakan disini

This planning involves:
1. Expansion of the mosque area of 40x30 square feet to 40x90 square feet.
2. Adding floors of the mosque of 2 floors to 4 floors.
3. Build a wider wudhu area.
4. Providing more comfortable toilets facilities.
5. And others as included here




















LATAR BELAKANG MASJID E SIDDIQUIYA

BACKGROUND




Masjid E Siddiquiya yang terletak di daerah Davangere, Karnataka ini merupakan sebuah masjid yang telah berusia hampir 18 tahun dan adalah antara masjid utama umat Islam di daerah ini. Ia telah mula dibina pada tahun 1996 atas usaha penduduk tempatan dan mula berfungsi pada bulan Ramadhan tahun tersebut. 

E Siddiquiya Mosque is located in the District of Devangere, Kartanaka. This mosque was almost 18 years old and it is one of the main mosques for the Muslims in this area. It was first built in 1996 on the efforts of locals and began functioning in the Ramadhan during the same year.



Masjid yang merupakan pusat aktiviti masyarakat setempat ini pada asalnya hanya berukuran lebih kurang 30 x 40 kaki persegi dan terletak di antara tiga buah kawasan penempatan iaitu Vinobagar, Najalinga layout dan MCC A Block yang menampung kira-kira 3000 umat Islam. Dianggarkan setiap kali solat fardu seramai 120-150 orang jemaah akan turut serta hadir ke masjid ini menunaikan kewajipan mereka. Jumlah jemaah yang hadir biasanya akan bertambah pada bulan Ramadhan dan hari-hari kebesaran Islam seperti eid ul-fitri dan eid al-adha sehingga memenuhi setiap penjuru masjid. Hal ini kerana ramai kerabat dan ahli keluarga penduduk setempat akan pulang untuk bersama keluarga mereka.

The mosque is also functioning as a hub for the locals was originally only approximately 30x40 square feet and it is located between the three residential areas which is Vinobagar, Najalinga layout and MCC A Block that accommodate about 3,000 Muslims. It is estimated that every time of fardhu prayers, total of 120-150 Muslims will come to the mosque to meet their obligations. The number of congregations will increase during Ramadan and the Islam’s days of greatness such as Eid Ul-Fitri and Eid Al-Adha up to meet each of the corners of the mosque. This is because many relatives and family members of the locals are returning home to be with their families.



Masjid ini diselenggarakan secara sukarela oleh Taiveed-Ul-Quran Educational Trust, sebuah pertubuhan penduduk tempatan yang terdiri daripada 9 orang ahli jawatankuasa, yang bertanggungjawab untuk memastikan masjid sentiasa dalam keadaan baik selain mengumpul dan menjaga hal-hal kewangan masjid. Sumber kewangan utama masjid ini hanyalah daripada infaq dan kutipan pada setiap hari jumaat. Hasil kutipan bulanan yang diperoleh daripada orang ramai itu biasanya akan digunakan untuk aktiviti penyelenggaraan masjid serta sebahagiannya diperuntukkan untuk elaun kepada imam dan muazzin yang bertugas.

The mosque is maintained voluntarily by the Taiveed-Ul-Quran Educational Trust, an organization of locals made up of 9 members of the committee that is responsible for ensuring that the mosque is always in good condition apart from collecting and keeping the financial affairs of the mosque. The mosque’s main source of income is from an infaq and the collection on every Friday. The monthly collections earned from the public are usually used for the maintenance of the mosque and partially assigned for an allowance to the imam and muazzin on duty.



Masjid ini juga menjadi tumpuan utama pelajar Malaysia dan beberapa pelajar dari negara lain yang belajar dalam bidang perubatan dan pergigian di daerah Davangere ini. 

The mosque also has been a main focus for Malaysian students and some students from other countries who are studying in medicine and dentistry in Davangere.